Mati Hidup Semula
Quelle: Spotify
Tak sudi memandang tidak mengapa
Kerna ku mengerti aku insan hina
Tapi dengar apa ku katakan
Untuk pedoman di hari muka
Dulu hidup ku rasakan mati
Mata terbuka tapi tak berhati
Kini ku rasa dihidupkan kembali
Walau peritnya setengah mati
Baru ku kenal bulan dan bintang
Betapa indah dunia dipandang
Baru ku kenal ibu ayah adik abang
Kerana dulu fikiran melayang
Jalan nak ku lalu masih panjang
Akan ku rempuh hari mendatang
Kepadaku berilah perangsang
Agar kejayaan dapat ku julang
Manusia sepertiku usah kau hina
Kelak menambah sakit di dada
Selagi aku bernama manusia
Tak lepas dari salah dan dosa
Salah ku lakukan meruntuhkan nama
Kerna perbuatan mengikut rasa
Namun ku bersyukur pada yang Esa
Setelah mati ku hidup semula
Zeige deinen Freunden, dass dir Mati Hidup Semula von Jamal Abdillah gefällt:
Kommentare